Wednesday, May 14, 2008
Kepentingan Masa Bagi Pelajar Cemerlang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Abang Bad serta faci-faci dan urusetia yang lain harapkan adik-adik sudah pun mempunyai matlamat dan dorongan yang kuat dalam diri adik-adik untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan dalam hidup ini. Hari ini kita akan membincangkan topik masa. Ya, masa!
MASA ADALAH SAMA BAGI SEMUA ORANG
Semua orang dikurniakan masa yang sama setiap hari, iaitu sebanyak 24 jam, tidak lebih atau kurang walaupun sesaat. Begitulah indahnya ciptaan Tuhan yang bernilai tinggi, iaitu masa. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri untuk menguruskannya. Orang-orang yang berjaya dalam hidup adalah orang-orang yang pandai mengurus masa dengan baik, sebaliknya orang-orang yang gagal adalah orang-orang yang tidak pandai mengatur masa dengan sebaiknya.
Masa sekarang adalah sangat crutial bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Dalam waktu yang berbaki kira-kira dua-tiga bulan sebelum peperiksaan percubaan SPM dan hanya 5 bulan sebelum SPM sebenar bermula, adik-adik seharusnya sudah menguasai semua topic yang telah adik-adik belajar sejak tingkatan 4 sehingga sekarang. Sepatutnya adik-adik sudah master topik-topik lepas dan segala maklumat mengenainya sudah berada dihujung jari sahaja. Sekiranya BELUM, maka adik-adik MESTI berikhtiar sedaya mungkin dalam masa senggang yang adik-adik ada untuk menguasainya sedalam mungkin.
KENAPA MASIH RILEKS?
Ini adalah penyakit yang paling genting bagi pelajar-pelajar SPM dalam masa yang singkat ini, iaitu masih berasa rileks dan tidak berasa terdesak untuk menghadapi peperiksaan. Adik-adik, hati yang tenang semestinya sangat perlu untuk dibawa masuk kedalam dewan peperiksaan kelak. Namun, adakah adik-adik akan rileks sekiranya adik-adik masih belum dapat menguasai topik-topik yang telah diajar oleh guru didalam kelas? Maka, seharusnya adik-adik berasa terdesak dan memahami yang adik-adik tidak punya banyak masa untuk bersenang-lenang lagi sekarang.
Aktiviti kokurikulum bakal berakhir tidak lama lagi dan seharusnya adik-adik yang aktif dalam kegiatan luar lebih lagi berasa terdesak dengan kekangan masa yang AMAT SINGKAT ini. Teknik-belajar yang telah banyak adik-adik dapat dalam kursus-kursus motivasi sebelum ini haruslah diguna pakai semaksima mungkin. Habiskan segala latihan-latihan yang adik-adik ada, pastikan adik-adik tahu jalan penyelesaian bagi setiap soalan. Dalam tekanan yang tinggi bagi berjaya cemerlang dalam peperiksaan, berkongsilah tekanan yang membebankan itu bersama rakan-rakan. Banyakkan kerjasama dengan kawan-kawan dan tingkatkan komunikasai dengan guru-guru.
-gunakan semua kemudahan dan kelengkapan yang ada seoptimum yang mungkin. Jangan sekali-kali mengharap dengan kemudahan yang tiada.
MESTI OPTIMIS
“kalau betul-betul nak, mesti boleh!”
“mari kita tanya cikgu, pasti dia boleh tolong!”
Dalam menghadapi peperiksaan dan akan bercuti sebentar selepas ini, adik-adik mesti sentiasa optimis dan melihat setiap perkara dari sudut yang positif. Anggap segala masalah yang datang sebagai cabaran. Hanyalah orang-orang yang berfikiran positif akan berjaya dalam segala yang dilakukan dalam hidup.
Okla…
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.
Renung-renungkan, kongsi-kongsikan dan selamat beramal. GEMPUR!
0 comments:
Post a Comment