Monday, May 12, 2008
Anda semua pelajar cemerlang!
Sedarkah anda semua, bahawa setiap seorang daripada anda merupakan pelajar cemerlang? Ya, anda diluar sana yang sedang menbaca artikel ini! Anda merupakan pelajar cemerlang! Ingin buktinya?
Tuhan telah berkata: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian”… dalam ayat ini, Tuhan telah memberi status yang tertinggi dalam sekalian makhluk ciptaanNya kepada anda semua sebagai manusia, lalu Dia telah memberikan amanah kepada manusia untuk menguruskan kehidupan diri sendiri, keluarga, negara serta alam sekitar secara cemerlang. Malangnya, tidak ramai diantara manusia yang menyedari akan hakikat kecemerlangan diri lalu menganggap diri mereka tidak layak untuk dilabel sebagai manusia yang cemerlang. Ini semua tidak lain dan tidak bukan kerana kejahilan mereka sendiri yang menghilangkan dan menolak sifat-sifat cemerlang yang telah dibekalkan oleh Tuhan kepada mereka.
Kenapa Mesti Cemerlang?
Tentu anda semua tertanya-tanya mengapa perlu cemerlang bukan? Mengapa mesti bertungkus lumus belajar untuk menjadi cemerlang?
Beberapa faltor telah dilakar untuk kita semua berfikir sejenak mengapa kita semua perlu menggilap sifat-sifat cemerlang yang sudah diilhamkan oleh Tuhan kepada kita agar kita benar-benar dapat menjadi pelajar cemerlang.
Ingin meningkatkan maruah diri serta menjamin masa depan
Harga diri seseorang bergantung kepada sejauh mana pencapaian yang telah dapat dilaksanakan dalam apa jua bidang yang diceburi. Kecemerlangan masa depan bergantung kepada kejayaan yang dikecapai pada masa kini. Jika anda tidak berubah sekarang, maka anda akan kekal di takuk lama menangisi kegagalan anda mencipta kecemerlangan dalam diri.
Pelajar perlu cemerlang untuk menempah tiket ke universiti. Tahukah anda, dianggarkan tahun ini anda bersaing dengan 300,000 pelajar lain dalam peperiksaan SPM. Tempat yang ditawarkan di dalam system UPU dan Kolej Matrikulasi KPM hanya mampu menampung kurang separuh daripada jumlah keseluruhan tersebut, manakala tajaan JPA dan MARA pula hanya cukup untuk 2000 orang pelajar sahaja.
Anda harus tahu yang dunia sekarang penuh dengan persaingan dan anda harus menjadi cemerlang sekarang jika ingin terus cemerlang pada masa hadapan.Sebagai remaja, anda harus menjadi cemerlang sekarang supaya dapat menjadi orang dewasa yang berjaya sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan kemajuan tamadun manusia.
Orang lain tidak dapat menjamin masa depan seseorang melainkan dirinya sendiri yang memacu kecemerlangan yang menjulang itu. Bila-bila masa sahaja ibu bapa boleh pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Tidak mungkin guru-guru akan membimbing kita selama-lamanya kerana mereka hanya membantu anda mendapatkan ilmu di sekolah sahaja manakala rakan-rakan hanya menemani kita buat seketika sahaja. Justeru anda bertanggungjawab keatas kecemerlangan diri anda sendiri..
Kejayaan seseorang itu dalam hidup bergantung kepada kesanggupan dan keupayaan dia mengurus dirinya sendiri dan mengambil ihtimam (mengambil berat) terhadap pelajarannya masa sekarang. Setiap orang bertanggungjawab untuk membangunkan diri memacu kecemerlang yang menjulang tinggi secara berterusan.
Baiklah adik-adik peserta MOLEC yang dikasihi, abang berhenti seketika disini dan kita akan terus bersama-sama berbincang tentang teknik pembelajaran yang berkesan untuk kepentingan kita bersama…
Renung-renungkan, kongsi-kongsikan dan selamat beramal…
1 comments:
Tq sbb bagi semangat...nnt klu saya lulus...saya akn ingat pesanan ini
Post a Comment