Tuesday, May 13, 2008

dorongan untuk berjaya

Belajar Cara Belajar
Assalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik semua.
Untuk entry kali ini, abg Bad nak kongsi dengan adik-adik tentang teknik belajar yang cikgu abang pernah kongsi dalam kelas masa abang sekolah… 4 tahun dah abang simpan nota ni, so, sekaranglah masa yang sesuai untuk abang kongsi apa yang abang dapat dulu dengan adik-adik. Bak kata pepatah moden: sharing is caring… alrite!

KEBOLEHAN TABII MANUSIA

Setiap manusia tidak mempunyai kebolehan yang sama. Itu adalah satu hakikat yang mesti difahami oleh semua orang. Kurang faham? OKlah. Kat sini abang nk bawakan satu contoh:
Bukan semua pandai menyanyi. Ya. Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua orang pandai menyanyi. Semua orang boleh berlari tapi tak semua orang boleh berlari sepantas Oto Bolton. Mungkin tidak sepantas Nazmizan sekalipun. Semuanya telah siap ditentukan oleh Tuhan sejak mula penciptaan kita.
Namun begitu, perkara tersebut adalah berbeza dalam hal pelajaran. Semua orang boleh Berjaya dalam pelajaran, yang membezakannya hanyalah waktu dan masa. Sesetengah orang cepat berjaya manakala sesetengah lagi agak lambat sedikit. Dorongan yang kuat pastinya amat crutial bagi memastikan kita semua dapat memacu kejayaan yang lebih pantas daripada roket Soyuz yang membawa Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas.
DORONGAN UNTUK BERJAYA
Tahukah anda, 90% kerja yang dilakukan tanpa dorongan tidak akan sekali-kali membuahkan kejayaan yang membanggakan. Cuba adik-adik bayangkan, dalam keadaan yang tidak menentu semasa pendudukan semula pegawai-pegawai British selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pejuang-pejuang kemerdekaan terus memperjuangkan apa yang ingin dicapai oleh mereka, meski mendapat tentangan dan tekanan yang hebat daripada pemerintah British pada masa itu. Namun, jika mereka tidak mempunyai dorongan yang kuat, lalu mereka pun putus asa daripada meneruskan agenda menuntut kemerdekaan, apa yang akan terjadi kepada negara yang tercinta ini?

MEMPUNYAI MATLAMAT YANG JELAS

Situasi yang sama berlaku pada diri setiap daripada kita juga. Kita perlu satu dorongan yang kuat untuk terus membakar semangat dan keazaman yang tinggi bagi mencapai matlamat yang telah adik-adik fikirkan dan gariskan dahulu. Jika adik-adik masih belum mempunyai matlamat yang ingin dicapai, diam dan pejamkan mata sejenak. Bayangkan diri adik-adik dalam masa 10 tahun yang akan datang.Kemudian, bayangkan pula diri adik-adik dalam masa 25 tahun akan datang dan seterusnya. Itulah matlamat ataupun goal yang ingin dicapai oleh adik-adik. Mungkin adik-adik membayangkan yang anda sedang berdiri berlatar belakangkan sebuah hospital pakar yang didirikan atas keringat adik-adik sendiri. Mungkin juga anda membayangkan anda sedang berdiri dan memberi syarahan tentang kejayaan adik-adik dalam bidang petrokimia kepada pelajar-pelajar PhD di Ontario, Kanada. Mungkin juga adik-adik membayangkan yang adik-adik sedang menerima anugerah nobel fizik atas pencapaian adik-adik dalam menentukan satu teknik pengimejan diagnostic yang tidak member kesan radiasi yang negative bagi menggantikan sinar-X yang berbahaya itu.
Ada pelbagai objektif yang boleh dibayangkan oleh setiap daipada kita dan sekarang kita perlukan dorongan yang kuat bagi menjadikan apa yang adik-adik bayangkan sebagai realiti.

PEGANG BUKU DAN ULANG MATLAMAT ANDA

Sekarang, setiap kali adik-adik memegang buku untuk diulangkaji, abang nak adik adik pejam mata dan bayangkan diri adik-adik dalam 25 tahun yang akan datang. Lakukan perkara ini setiap pagi dan setiap kali adik-adik berasa penat dan lelah untuk mentelaah mata pelajaran yang adik-adik sedang lakukan. Percayalah, apa yang adik-adik bayangkan pasti menjadi realiti.

Sekian, renung-renungkan, kongsi-kongsikan dan selamat beramal!

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online