Sunday, June 1, 2008

biar betul- betul

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang memantau perkembangan terkini yang dibawakan secara langsung dari bilik operasi MOLEC di Petaling Jaya, Selangor.Urusetia semua harap semua anda sihat-sihat belaka ya!

dalam masa cuti semester ni, abang adela terima mesej-mesej daripada adik-adik ni kan. ada yang isi masa cuti ni dengan ikuti perkhemahan peringkat kebangsaan di Puchongla, ada yang tolong mak ayah lah, tapi masih ada lagi yang tak tahu nak buat apa dengan masa senggang yang panjang ini, terutama kepada pelajar tingkatan 4 la kan. kalau adik-adik dah ikut aktiviti koko sampai ke kebangsaan tu, dah tak perlu risau lagi tentang mata merit koko untuk isi borang BPKP/UPU untuk sambung belajar di IPTA selepas mendapat keputusan SPM kelak. cuma perlu risau tentang prestasi akademik sahaja sekarang ini.

sedari hakikat berdasarkan statistik semasa

untuk pengetahuan adik-adik, daripada sejumlah lebih 100,000 pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun lepas, hanya kira-kira 30,000 orang sahaja yang ditawarkan belajar di IPTA dalam negara, menerusi pengisian borang BPKP/UPU. kira-kira 9,000 pelajar mendapat tempat bagi program Asasi, contohnya Pusat Asasi UIAM, Pusat Asasi UM (PASUM) ataupun program Tamhidi USIM. selebihnya mendapat tempat bagi program diploma di IPTA-IPTA seluruh negara.

MARA dan JPA pula mengumumkan bahawa mereka akan menaja kira-kira 3000 pelajar cemerlang bagi program-program dalam negara dan luar negara. Kolej Matrikulasi sudah semestinya tidak mampu menampung lebihan kira-kira 67,000 pelajar lepasan SPM yang lain, jadi peluang lain yang ada adalah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, menyambung pelajaran di kolej-kolej swasta ataupun bekerja terus. ada terdapat opsyen-opsyen lain tetepi secara ringkasnya, beginilah realiti yang akan adik-adik akan hadapi kelak.

berdasarkan statistik diatas, dapatlah disimpulkan bahawa tempat untuk menyambung pelajaran ke IPTA adalah terhad dan adik-adik semua haruslah berusaha secara all out bagi menjamin kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang adik-adik minati. Ingat! hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang dapat demand dalam memilih kursus/jurusan yang dia sendiri minati. pelajar biasa pula hanya akan ditempatkan mengikut kekosongan yang ada, mengikut mata kerana negara mengamalkan dasar meritokrasi.

hanya kesedaran yang lahir dari lubuk hati yang bersih dapat mengubah persfektif dan pandangan seseorang terhadap hidupnya lantas menjana kekuatan yang berganda-ganda bagi mencapai kejayaan yang tidak putus-putus dalam hidupnya. Kesedaran yang lahir jugalah yang memberi kekuatan dalam mengatur strategi bagi seseorang itu berjaya dalam hidupnya.oleh yang demikian, rancanglah sesuatu yang bermanafaat untuk dilakukan bagi mengisi masa yang senggang ini agar ia tidak menjadi sia-sia dan menyebabkan kita menyesal di kemudian hari.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online