Thursday, June 5, 2008
assalamualaikum dan salam sejahtera.
apa khabar adik-adik semua. tak lupa kepada abang-abang dan kakak-kakak faci semua juga.
hari ni abang Bad nak kongsi satu cerita dengan adik-adik tentang "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".
abang nak cerita tentang seorang kawan abang ni. kami belajar satu kelas sejak abang darjah dua sampaila abang tingkatan 5. haha... macam pelik kan. satu kelas daripada darjah dua sampai tingkatan Lima? tak pelik perkara macam ni kat sekolah abang, sebab 1 darjah/tingkatan memang ada satu kelas sahaja.
kawan abang sorang ni belajar dalam aliran sastera manakala abang pula belajar dalam aliran sains. kelas-kelas teras kami belajar sekali, cuma masa abang kelas bio, kimia, fizik, kami bepisah kelas la. nak dibuatkan cerita, selepas SPM habis (result SPM xkeluar pun lagi), kawan abang pergi ke Sudan untuk belajar bahasa Arab di Institut Bahasa Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan. haha... IUA ni macam UIA cawangan Sudan la.
kawan abang ni, T, pergi Sudan dengan kawan abang yang lagi seorang, A. dua-dua pun nak belajar bahasa arab sebelum sambung pelajaran dalam bidang agama di Universiti Abu Nur, Syria.nak dijadikan cerita, kawan abang si T ni tiba-tiba pula berminat nak sambung pelajaran dalam bidang medic, sedangkan dulu masa sekolah, dia belajar aliran sastera.
nampak mustahil bukan! pelajar aliran sastera nak sambung pelajaran dalam bidang medic? tapi, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. kawan abang ni dah habis asasi sains dan akan mula belajar medic mulai sem depan. bayangkan! dia orang malaysia kedua yang belajar medic di Africa (selain Mesir, sebab mesir pun benua afrika apa!). pelajar malaysia pertama baru grad dan katanya nak buat bekerja dan sambung belajar pakar di Arab Saudi sebelum pulang ke Malaysia. dan kawan abang si T ni satu-satunya pelajar Malaysia dalam kelasnya. mujur ada lagi seorang pelajar melayu Patani (wilayah selatan Thai yang cakap dialek kelantan) dalam kelas dia. yang lain semuanya orang Sudan dan dari negara-negara Afrika yang lain. sekarang ni abang Bad dah bajet nak sama-sama kerja dengan Dr. T ni di Arab Saudi sebelum tahun 2018. haha... tu matlamat jangka panjang yang abang Bad dah lakar dan ulang-ulang setiap hari.
pengajaran yang boleh diambil: dimana ada kemahuan
disitu ada jalan.
kalau dah minat, teruskan saja. Bumi ini masih luas untuk diterokai dan peluang ada dimana-mana. mungkin bukan di Malaysia, mungkin bukan di Asia Tenggara, bahkan di seluruh DUNIA! jadikan DUNIA milik kita bersama.. bukan setakat Pulau Labuan/ Pulau Borneo/Malaysia saja.... Planet BUMI ini TUHAN jadikan untuk kita perGUNAkan SEBAIKNYA!!!
kalau kawan abang yang dari aliran sastera sekolah agama yang serba kekurangan pun boleh teruskan cita-cita dan impian di negara orang, apatah lagi adik-adik di Sekolah Sains yang cukup kemudahannya... jadikan kisah kawan abang ni sebagai kayu ukur kesungguhan kita mengejar cita-cita. Tapi 1st sekali, mesti ada cita-cita dan matlamat yang jelas ok!
GEMPUR!!!
1 comments:
thanx abg bad wat crita pasal kawan,T tu..
tp ade sikit pembetulan,abg bad.
T tu kata sekarang die dah mula blajar medic dah.bln 10 i.Allah mula sem 3.
n lg 1, kawan die yg plajar patani tu is his senior.bkn sekelas..hehe
anyway, good story tuk bebudak nk amik semangat..
thanx a lot!!
Post a Comment