Thursday, June 5, 2008

assalamualaikum dan salam sejahtera.
apa khabar adik-adik semua. tak lupa kepada abang-abang dan kakak-kakak faci semua juga.

hari ni abang Bad nak kongsi satu cerita dengan adik-adik tentang "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".

abang nak cerita tentang seorang kawan abang ni. kami belajar satu kelas sejak abang darjah dua sampaila abang tingkatan 5. haha... macam pelik kan. satu kelas daripada darjah dua sampai tingkatan Lima? tak pelik perkara macam ni kat sekolah abang, sebab 1 darjah/tingkatan memang ada satu kelas sahaja.

kawan abang sorang ni belajar dalam aliran sastera manakala abang pula belajar dalam aliran sains. kelas-kelas teras kami belajar sekali, cuma masa abang kelas bio, kimia, fizik, kami bepisah kelas la. nak dibuatkan cerita, selepas SPM habis (result SPM xkeluar pun lagi), kawan abang pergi ke Sudan untuk belajar bahasa Arab di Institut Bahasa Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan. haha... IUA ni macam UIA cawangan Sudan la.

kawan abang ni, T, pergi Sudan dengan kawan abang yang lagi seorang, A. dua-dua pun nak belajar bahasa arab sebelum sambung pelajaran dalam bidang agama di Universiti Abu Nur, Syria.nak dijadikan cerita, kawan abang si T ni tiba-tiba pula berminat nak sambung pelajaran dalam bidang medic, sedangkan dulu masa sekolah, dia belajar aliran sastera.

nampak mustahil bukan! pelajar aliran sastera nak sambung pelajaran dalam bidang medic? tapi, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. kawan abang ni dah habis asasi sains dan akan mula belajar medic mulai sem depan. bayangkan! dia orang malaysia kedua yang belajar medic di Africa (selain Mesir, sebab mesir pun benua afrika apa!). pelajar malaysia pertama baru grad dan katanya nak buat bekerja dan sambung belajar pakar di Arab Saudi sebelum pulang ke Malaysia. dan kawan abang si T ni satu-satunya pelajar Malaysia dalam kelasnya. mujur ada lagi seorang pelajar melayu Patani (wilayah selatan Thai yang cakap dialek kelantan) dalam kelas dia. yang lain semuanya orang Sudan dan dari negara-negara Afrika yang lain. sekarang ni abang Bad dah bajet nak sama-sama kerja dengan Dr. T ni di Arab Saudi sebelum tahun 2018. haha... tu matlamat jangka panjang yang abang Bad dah lakar dan ulang-ulang setiap hari.

pengajaran yang boleh diambil: dimana ada kemahuan
disitu ada jalan.

kalau dah minat, teruskan saja. Bumi ini masih luas untuk diterokai dan peluang ada dimana-mana. mungkin bukan di Malaysia, mungkin bukan di Asia Tenggara, bahkan di seluruh DUNIA! jadikan DUNIA milik kita bersama.. bukan setakat Pulau Labuan/ Pulau Borneo/Malaysia saja.... Planet BUMI ini TUHAN jadikan untuk kita perGUNAkan SEBAIKNYA!!!

kalau kawan abang yang dari aliran sastera sekolah agama yang serba kekurangan pun boleh teruskan cita-cita dan impian di negara orang, apatah lagi adik-adik di Sekolah Sains yang cukup kemudahannya... jadikan kisah kawan abang ni sebagai kayu ukur kesungguhan kita mengejar cita-cita. Tapi 1st sekali, mesti ada cita-cita dan matlamat yang jelas ok!

GEMPUR!!!

Wednesday, June 4, 2008

belajar dari batu bata

assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ni abang nak kongsi sedikit perbicangan abang dengan beberapa pensyarah dari UiTM di rumah seorang pensyarah USM yang sedang membuat PhD di UPM Serdang dalam bidang mechanichal engineering.

jadi malam tadi pensyarah USM tu buat makan2 la untuk meraikan pelajar-pelajar cemerlang dari INTEC UiTM yang mendapat tajaan JPA dan MARA untuk ke luar negara, pelajar terbaik STAM negeri Perlis, beberapa pelajar yang akan berangkat ke luar negara, serta pelajar-pelajar dari beberapa IPT yang lain. malam tadi kami makan2 sambil berkenal-kenalan. huhu...mmg best.. nk citer pasal makan soto je sebenarnyer.

n then masa borak-borak tu adela lecturer UiTM ni bercerita tentang batu-bata.aik???? batu bata??? apa pulak kena mengenanya batu bata dengan kita?

belajar dari batu bata

sebenarnya cerita tentang batu bata ni ada kaitan mengenai isu matlamat yang jelas, perangkaan kerja yang mantap dan tersusun serta kerjasama dengan orang-orang yang lain.

*seketul batu bata yang dicampak diatas tanah tidak memberi apa-apa kesan. betul atau tidak?


*satu lori batu bata pula kalau dicampak atas tanah pun tidak ada makna. yang ada hanyalah cacat cela dan pencemaran alam sekitar saja.


*satu timbunan batu bata ni pula, kalau disusun tanpa tujuan, matlamat serta perancangan rapi pun tidak akan memberi makna. contohnya kita susun batu-bata tu panjang-panjang. cantik, tapi tak ada makna dan manfaat.


* satu timbunan batu bata, yang disusun dengan elok, dengan tujuan yang jelas untuk membuat rumah, mengikut pelan yang telah disediakan, diikat dengan simen diatas tanah yang sudah di'piling' dengan kukuh, kemudian, disimen lagi dan diserikan dengan pintu, tingkap dan lain-lain, akhir sekali dicat dengan warna yang indah dan menawan, barulah ia bermakna dan bermanafaat kepada manusia.


pengajaran


sebagai pelajar, pastikan anda mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai. panduan-panduan dan teknik-teknik belajar ada dan boleh dipelajari bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan dalam hidup. kerjasama yang erat sera sokongan yang padu daripada keluarga, guru-guru dan rakan rakan amat penting bagi memastikan kita tidak berseorangan dalam cita-cita untuk berjaya dalam hidup. oleh yang demikian, ambil sedikit masa bagi berfikir dan menyelami isi hati diri masing-masing sebelum meneruskan semester yang akan datang, yang begitu hampir dengan peperiksaaan yang besar,iaitulah SPM.


renung-renungkan, kongsi-kongsikan dan selamat beramal!

Sunday, June 1, 2008

sorryla kepada semua yang tanya pasal lagu2 dan imeem ni.sebenarnya abang bad ni ada kat kelantan selama lebih 2 minggu baru ni. kompiter kat rumah atuk tu rosak, n abang tak bawakla pulak laptop abang balik kampung.tu yang abang 'agak ketinggalan' pasal apa yg kamu bincang kat chatbox sebelah ni. nak guna internet, kene la jalan kaki pegi cyber cafe. jauh jugakla... dahla mahal, rm2.50.

so, sekarang banag dah balik KL, so, bolela gune internet hari2. ceh! tapi masa cuti ni jela. start sem nanti kene belajar elok2.

1. untuk Qamarul, abang sori sesangat.. abang yang letak lagu ni. dulu terdengar sekali kat radio, and lagu ni mmg sangatla best dan paling sesuai untuk buat lagu untuk closing ceremony untuk almost any majlisla...lagu dia mmg catchy dan memang 'masuk' la kan..


haha...sape2 nak download lagu ni boleh klik kat sini:
>> kenapa singgah kalau tak masuk kedalanm hati <<



2.ok.. kepada nabilah pulak, yang tanya pasal imeem ni, sini adalah jawapannya. dengan imeem ni, kita bole upload sendiri lagu yang kita suka, yang kita rakam sendiri ker, or just pilih lagu n letak kat blog/profile frenster/myspace etc. yang bestnyer, kite boleh pilih-pilih lagu yang kita nk and letak dia dalam satu playlist khas. tapi, kenela register as member dulu... pasal download kat imeem ni, senarnyer kita2 yg tak berduit ni xleh nk buat. sebab kita kene beli track yang kita minat ni... so, download jela kat tempat lain, ok! sebagai penutup, kita syer la lirik lagu yang best ni ok!

Flava-Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Ke Dalam Hati

OST Filem Duyung

Jarang sekali terdengar bunyi
Ketukan di pintu hatiku ini
Kalau ada pun bila ku buka
Tiada siapa yang berada di luar

Tapi sejak dua menjak kini
Ku merasakan bagai ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
Pada waktu sepi menemaniku

*chorus*
Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku


Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih

-chorus

Jarang sekali ku sebegini
Mengharapkan hati untuk diselami
Jangan biar fikiranku buntu
Memikirkan mimpi dalam jagaku

biar betul- betul

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang memantau perkembangan terkini yang dibawakan secara langsung dari bilik operasi MOLEC di Petaling Jaya, Selangor.Urusetia semua harap semua anda sihat-sihat belaka ya!

dalam masa cuti semester ni, abang adela terima mesej-mesej daripada adik-adik ni kan. ada yang isi masa cuti ni dengan ikuti perkhemahan peringkat kebangsaan di Puchongla, ada yang tolong mak ayah lah, tapi masih ada lagi yang tak tahu nak buat apa dengan masa senggang yang panjang ini, terutama kepada pelajar tingkatan 4 la kan. kalau adik-adik dah ikut aktiviti koko sampai ke kebangsaan tu, dah tak perlu risau lagi tentang mata merit koko untuk isi borang BPKP/UPU untuk sambung belajar di IPTA selepas mendapat keputusan SPM kelak. cuma perlu risau tentang prestasi akademik sahaja sekarang ini.

sedari hakikat berdasarkan statistik semasa

untuk pengetahuan adik-adik, daripada sejumlah lebih 100,000 pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun lepas, hanya kira-kira 30,000 orang sahaja yang ditawarkan belajar di IPTA dalam negara, menerusi pengisian borang BPKP/UPU. kira-kira 9,000 pelajar mendapat tempat bagi program Asasi, contohnya Pusat Asasi UIAM, Pusat Asasi UM (PASUM) ataupun program Tamhidi USIM. selebihnya mendapat tempat bagi program diploma di IPTA-IPTA seluruh negara.

MARA dan JPA pula mengumumkan bahawa mereka akan menaja kira-kira 3000 pelajar cemerlang bagi program-program dalam negara dan luar negara. Kolej Matrikulasi sudah semestinya tidak mampu menampung lebihan kira-kira 67,000 pelajar lepasan SPM yang lain, jadi peluang lain yang ada adalah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, menyambung pelajaran di kolej-kolej swasta ataupun bekerja terus. ada terdapat opsyen-opsyen lain tetepi secara ringkasnya, beginilah realiti yang akan adik-adik akan hadapi kelak.

berdasarkan statistik diatas, dapatlah disimpulkan bahawa tempat untuk menyambung pelajaran ke IPTA adalah terhad dan adik-adik semua haruslah berusaha secara all out bagi menjamin kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang adik-adik minati. Ingat! hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang dapat demand dalam memilih kursus/jurusan yang dia sendiri minati. pelajar biasa pula hanya akan ditempatkan mengikut kekosongan yang ada, mengikut mata kerana negara mengamalkan dasar meritokrasi.

hanya kesedaran yang lahir dari lubuk hati yang bersih dapat mengubah persfektif dan pandangan seseorang terhadap hidupnya lantas menjana kekuatan yang berganda-ganda bagi mencapai kejayaan yang tidak putus-putus dalam hidupnya. Kesedaran yang lahir jugalah yang memberi kekuatan dalam mengatur strategi bagi seseorang itu berjaya dalam hidupnya.oleh yang demikian, rancanglah sesuatu yang bermanafaat untuk dilakukan bagi mengisi masa yang senggang ini agar ia tidak menjadi sia-sia dan menyebabkan kita menyesal di kemudian hari.

 

blogger templates | Make Money Online